Assalamualaikum dan salam senyum selalu.
Sebenarnya senyum itu
perkara yang sangat mudah untuk dilakukan malah diberi ganjaran sedekah
pula (tapi bukan nak cerita tentang sedekah dalam senyuman... nak
cakap tentang The Power of Smile) cuma adakala kita lupa bahawa perkara
yang dianggap remeh oleh 'kedaifan diri sendiri' (tanpa disedari)
rupanya memberi impak yang sangat besar buat insan sekeliling kita sama
ada kita sedar ataupun tidak.
Adakalanya terlalu sukar untuk
seseorang itu memberi sedekah sebuah senyuman kepada saudaranya sendiri.
Malah ada juga yang memilih untuk melemparkan senyuman hanya kepada
insan2 tertentu sahaja. Persoalannya, adakah senyuman itu terlalu mahal
hingga hanya orang2 tertentu sahaja yang berhak mendapatkannya???
Sedar
ataupun tidak setiap perlakuan kita akan dinilai oleh mata2 yang
memandang dan mampu melihat (malah insan yang tidak mampu melihat juga
pasti akan merasa dan sekaligus menilai). Andainya senyuman itu terlalu
'mahal' harganya, bagaimana mungkin insan2 sekeliling akan berasa mudah
untuk mendekati. Walhal masyarakat sebenarnya sangat suka 'Judge a Book
By Its Cover' walau berjuta kali diingatkan jangan sesekali menilai
sesuatu dari luaran. Namun itulah hakikatnya, kerana itu kita perlu
menghadiahkan senyuman agar insan2 disekeliling mampu merasakan
kehadiran mereka diterima.
Apa kepentingan mewujudkan perasaan
'diterima' dalam kalangan manusia2 lain??? Sedangkan 'kau bukan kenal
aku, aku pun tak kenal ko... jadi tak payah terima aku pun aku peduli
apa..." (Betul jugak ayat kat atas ni ye???.. dah tak kenal buat apa nak
senyum kang dia kata kita ni apa plak kan...)..
Sebenarnya
salah tu, salah satu kepentingannya ialah agar mewujudkan ikatan
persaudaraan lebih2 lagi ikatan satu akidah. Bukankah islam itu
bersaudara???.
Jadi senyumlah seikhlas hati kerana hakikatnya
kita semua adalah insan2 kerdil yang dipinjamkan nyawa sebentar untuk
bernafas dibumi-Nya... Malah seandainya dek kerana kelebihan yang
dimiliki kita bersikap memandang insan lain dengan sinis, ketahuilah
kelebihan itu adalah anugerah Allah yang diberi pinjam kepada kita untuk
seketika....
Akhir kata, Senyuman
itu sedekah... setiap sedekah itu ibadah,setiap ibadah diberi
pahala,namun tidak semua senyuman itu dianggap sedekah... ... .
1.Membalas senyuman ibu adalah WAJIB.
2.Senyum pada bapa,keluarga dan sahabat adalah SUNAT
3.Senyuman pada org yg tak dikenali HARUS
4.Senyuman sewaktu sedang solat MAKRUH
5.Senyuman dgn tujuan menyindir,mengoda dan dlm pekara pekara maksiat adalah HARAM..
sumber : http://seteguhhati.blogspot.com/2010/02/kuasa-indahnya-senyuman.html
No comments:
Post a Comment